I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 16 May 2011

WARKAH HATI BUAT WANITA

                                                 
"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata2 ini diselitan iklan rancangan2 televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat Utk mempromosikan produk kosmetik & kecantikan. Tanpa disedari, diri yg bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yg ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yg pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yg jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yg disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yg abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa,bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yg melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yg melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yg menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yg memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yg mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah utk direnggut kerana ada duri yg tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yg mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yg mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yg kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan utk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yg Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap & pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu utk menutup aurat itu adalah hak Allah yg perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yg menyemaimu & menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yg boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah & ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yg dikasihi.

Diriku yg hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yg kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yg dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yg dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah & amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yg mengalir dalam diri & hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku,& ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yg berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

sumber:iluvislam.com

No comments:

Post a Comment