I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 24 May 2011

11 PESANAN AYAH

     Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yg sejati,kawan yg setia,& orang lain yg sentiasa b'ada dsekeliling utk menyokong setiap tindakan kamu. Ttapi kamu perlu ingat, dua orang yg paling penting dlm hidup kamu adalah ayah & ibu.

     
     Kamu mesti kuat supaya org lain tidak dpt mengganggu ketenangan fikiran kamu, jgn t'lalu cepat utk marah, jgn m'jadi seorang yg penakut, & jgn sesekali kamu leka dgn kebahagiaan yg kamu ada sekarang.


     Kamu perlu tahu sekiranya kamu m'punyai masalah yg besar, pasti ada orang lain yg mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa t'hadap apa yg kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yg kamu impikan selama ini.


     Blajarlah utk berjimat, jgn t'lalu boros. Pulangan utk jangka masa panjang adalah lebih baik drpda kepuasan jangka pendek.


     Kamu jgn jd seorang yg kaki ampu. Kamu perlu tegas dgn pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu m'punyai harga diri.


     Kamu tidak perlu terlalu b'gantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan & cuba buktikan kpd diri sendiri bahawa kamu boleh m'jadi lebih baik drpd apa yg mereka fikirkan.


     Tidak semua perkara yg kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.


     Jgn sesekali b'henti drpd melakukan perkara yg kamu suka & bangga terhadap hasilnya.


     Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yg mampu untuk menjamin masa depan kamu, yg dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, paras rupa & wang bukanlah segala-galanya.


     Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.


    Sekiranya ayah & ibu menghalang kamu drpd melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dgn keputusan yg dilakukan, buktikan kpd kami.

sumber : iluvislam.com

No comments:

Post a Comment