I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 5 July 2012

Wahai Sahabatku Yg Kecewa




Dengan nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Demi Tuhanku ydiriku di bawah penguasaan-Nya & sentiasa dlm pengawasan-Nya,aku tidak menulis melainkan utk mengabdikan diri kepada-Nya & dgn izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dgn penuh kasih sayangku kpdmu sbg seorang sahabat,sbg seorang saudara seagamaku.Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bg dirimu & bg diriku agar kita sama2 beroleh syurga yg sangat kita impikan di p'akhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati & hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dpt menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah & jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yg dimiliki Allah itu kpd orang lain utk dikuasai atau diperintah. Bahkan mmg sepatutnya kita serahkan jiwa & raga kita seluruhnya kpd Allah. Adapun rasa cinta yg lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yg sepatutnya utk Allah kpd manusia hanya krn kita dpt melihat kecantikan manusia & kita tidak dpt melihat Allah, kita cuma merasa & melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa & selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kpd manusia itu sbg jalan menuju Tuhan, bkn matlamat & pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akn lebih tenang mnerima sgl penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta utk mencintai & dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yg kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yg kita cintai. Ternyata hati itu bkn milik kita, ia milik Allah. Kita tidak b'salah tatkala cinta itu lahir terhadap sseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kpd seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dgn ketentuan Allah yg tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yg kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dpt menerima apa yg telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas sgl anugerah cinta yg Allah berikan kpd kita pd setiap hembusan nafas, pd setiap detik kehidupan yg kita lalui. Bukankah Allah lebih layak utk murka kpd kita krn kita tidak membalas-Nya dgn ketaatan yg sepatutnya?
 
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yg baik utk perempuan yg baik. Yakinlah akn janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yg b'oleh pasangan yg baik. Allah tahu tentang dirimu lebih drpd engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik drpd apa yg engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu & begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar & melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya & memperlihatkan apa yg sepatutnya kpd –Nya? Aku berlindung dgn Allah drpd menjadi hamba yg kufur & lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yg dapat mengubah sesuatu kpd lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yg berubah menjadi wali krn kuasa cinta, & ada pula yg bisa menjadi hina krn dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang & boleh jadi hancur krn cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yg t'bina krn cinta? Sebaliknya, ada pula yg membunuh krn cinta. Persoalanku kpdmu, apakah engkau ingin berubah krn cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yg mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi drpd ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah sgl kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kpd pengamalan dlm kehidupan yg kau lalui agar ia hidup b'samamu di dlm setiap inci kehidupan. Jgnlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu b'gelumang dgn jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yg b'gelora jiwanya. Maka aku b'pesan kpdmu agar aku juga dipelihara Allah drpd segala penyelewengan dlm memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kpd Allah atas segala kesalahan yg kuungkapkan & kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia & di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah utk hidup di syurga yg kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…




sumber:iluvislam.com 

Tuesday, 24 May 2011

11 PESANAN AYAH

     Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yg sejati,kawan yg setia,& orang lain yg sentiasa b'ada dsekeliling utk menyokong setiap tindakan kamu. Ttapi kamu perlu ingat, dua orang yg paling penting dlm hidup kamu adalah ayah & ibu.

     
     Kamu mesti kuat supaya org lain tidak dpt mengganggu ketenangan fikiran kamu, jgn t'lalu cepat utk marah, jgn m'jadi seorang yg penakut, & jgn sesekali kamu leka dgn kebahagiaan yg kamu ada sekarang.


     Kamu perlu tahu sekiranya kamu m'punyai masalah yg besar, pasti ada orang lain yg mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa t'hadap apa yg kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yg kamu impikan selama ini.


     Blajarlah utk berjimat, jgn t'lalu boros. Pulangan utk jangka masa panjang adalah lebih baik drpda kepuasan jangka pendek.


     Kamu jgn jd seorang yg kaki ampu. Kamu perlu tegas dgn pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu m'punyai harga diri.


     Kamu tidak perlu terlalu b'gantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan & cuba buktikan kpd diri sendiri bahawa kamu boleh m'jadi lebih baik drpd apa yg mereka fikirkan.


     Tidak semua perkara yg kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.


     Jgn sesekali b'henti drpd melakukan perkara yg kamu suka & bangga terhadap hasilnya.


     Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yg mampu untuk menjamin masa depan kamu, yg dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, paras rupa & wang bukanlah segala-galanya.


     Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.


    Sekiranya ayah & ibu menghalang kamu drpd melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dgn keputusan yg dilakukan, buktikan kpd kami.

sumber : iluvislam.com

Monday, 16 May 2011

WARKAH HATI BUAT WANITA

                                                 
"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata2 ini diselitan iklan rancangan2 televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat Utk mempromosikan produk kosmetik & kecantikan. Tanpa disedari, diri yg bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yg ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yg pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yg jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yg disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yg abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa,bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yg melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yg melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yg menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yg memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yg mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah utk direnggut kerana ada duri yg tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yg mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yg mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yg kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan utk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yg Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap & pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu utk menutup aurat itu adalah hak Allah yg perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yg menyemaimu & menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yg boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah & ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yg dikasihi.

Diriku yg hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yg kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yg dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yg dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah & amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yg mengalir dalam diri & hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku,& ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yg berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

sumber:iluvislam.com

Tuesday, 3 May 2011

BUNGA YG CANTIK JARANG HARUM

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

sumber:iluvislam.com

Monday, 25 April 2011

CINTA TETAMU HATI

Duhai saudara2. Cinta itu di dalam hati, bagaikan kita punyai sebuah rumah. Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu. Ada yang baik dan ada yang buruk. Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan, kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan. Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku. Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...


Dan ketahuilah duhai saudara-saudaraku. Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan. Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu. Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu.


Kau gembira mendengarkannya. Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu. Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui. Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat.


Pintalah sang CINTA itu pulang. Beritahulah kepadanya "Maafkan aku". Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku. Kerana, aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya. Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku, yang Maha Pengasih.


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku. Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri. Terang dan menerangi. Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku. Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku.


Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai saudara-saudara. Sungguh cinta itu indah, namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia. Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah.


Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai saudara-saudaraku. Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku. Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku. Dan mengukuhkan tulangku. Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku, tutur bicara mulutku.


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH. Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya. Hidup dan matiku. Segalanya untukNya.


sumber: www.murabbi.net