I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 14 March 2011

JODOH KETENTUAN ALLAH


Jodoh Itu Ketentuan ALLAH




Jodoh tiada kaitan dgn keturunan.Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah p'jalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sbb jambatannya singkat. sia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat.& usia 35thn belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan.Nyatakanlah perasaan & keinginan anda dalam doa-doa lewat solat.Allah itu Maha Mendengar.Wanita baik untuk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yg beriman.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat lelaki yg b'iman bg mendapatkan keredhaan & keberkatan ALLAH,& biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yg tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini.Kita selalu sangka,aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya,apabila kita benar-benar mendapat apa yg kita inginkan itu, a juga datang bersama masalah.Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita,alangkah bahagianya orang itu.Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah,kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yg memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dlm kesesakan jalan raya,motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yg dituju.Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.Bukan semua yg anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik & buruknya.
Demikian juga perkahwinan.Ia baik sebagai saluran yg betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yg berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.Bukankah dgn ijab & Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,tanggungjawab yg terpaksa dipikul juga turut bertambah?Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?Berapa ramaikah yg menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji,memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah,belajarlah dulu.Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia utk melangkah tetapi setelah melompat,akhirnya jatuh terjerumus 
tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
 Berkahwin itu indah & nikmat bagi yg benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yg menjadikannya gelanggang utk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yg mengetahui rahsia-rahsianya.Berkahwinlah demi Tuhan & Nabi-Nya,bukan kerana perasaan & mengikut kebiasaan.Jodoh usah t'lalu dirisaukan,tiba masanya ia akan datang menjemput,namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis & tertanya-tanya,kemana menghilangnya sinar.Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yg disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yg pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yg paling kaya adalah akal,kemiskinan yg paling besar adalah jahil, keburukan yg paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan  teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
sumber dipetik dari:www.iLuvislam.com

No comments:

Post a Comment