I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 3 May 2011

BUNGA YG CANTIK JARANG HARUM

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga.  Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

sumber:iluvislam.com

Monday, 25 April 2011

CINTA TETAMU HATI

Duhai saudara2. Cinta itu di dalam hati, bagaikan kita punyai sebuah rumah. Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu. Ada yang baik dan ada yang buruk. Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan, kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN, diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan. Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku. Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...


Dan ketahuilah duhai saudara-saudaraku. Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan. Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu. Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu.


Kau gembira mendengarkannya. Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu. Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui. Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat.


Pintalah sang CINTA itu pulang. Beritahulah kepadanya "Maafkan aku". Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku. Kerana, aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya. Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku, yang Maha Pengasih.


Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku. Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri. Terang dan menerangi. Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku. Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku.


Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......


Duhai saudara-saudara. Sungguh cinta itu indah, namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia. Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah.


Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?


Katakanlah wahai saudara-saudaraku. Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku. Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku. Dan mengukuhkan tulangku. Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku, tutur bicara mulutku.


Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH. Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya. Hidup dan matiku. Segalanya untukNya.


sumber: www.murabbi.net

Saturday, 26 March 2011

Apa Itu Cinta??

Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi.

Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta. Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri. Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa kekosongan di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam. Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga.



Bercinta Kerana Allah


Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia. Cinta adalah hadiah daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan pemberi. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan.

Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta.Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Buat Hati

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.



Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.



Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.
Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.


Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.
Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?




Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkah keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.



Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.




Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
dia akan datang. itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
 


 




MENCARI CINTA HAKIKI, MENDAMBA REDHA ILLAHI

Mencari Cinta Hakiki..
Mencari cinta hakiki,
Yang mekar di hati insan..
Bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,
Yang disalurkan kpd jalan yang suci..
Hanya satu cara..
Melalui satu ikatan yang suci,
Itulah Pernikahan abadi..

Kuingini Cinta Itu Hanya di Alam Pernikahan..
Dan kuyakini, cinta setelah itu
adalah cinta yg diredhaiNya..
Kerana itulah syariatNya
Yang MESTI kita ikuti
Demi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..
Adakah aku dipandang mundur
Hanya kerana berpegang pada prinsip ini
Bertegas pada kaum adam
Agar iman mereka tak luntur
dek kelembutan kaum hawa..
Apakah ianya salah?

Mencari pasangan hidup..
Bagiku bukanlah semudah memetik jari..
Apakah insan bernama wanita,
perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??
Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?
Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!

Wahai Insan Bernama Wanita..
tetaplah teguh dirimu pada jalanNya
memenuhi semua tuntutanNya
memagar dirimu dengan malu dan taqwa
usah terpesona dengan madah berbunga sang nafsu yg berpuaka
kerana Allah dan Rasul ada janjinya
buatmu muslimah yang memelihara diri
jangan pernah dikau ragu!
kerana janjiNya pasti BENAR!


Allahu Rabbi..
sabarkanlah hatiku, tabahkanlah jiwaku
moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki dan
Aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..
Agar segalanya indah bersama Tuhan..
Amin3 Ya Rabbal A'lamin..
 
 
 
sumber; murabbi.net